Thursday, January 28, 2010

Latihan Syabab 2010 [banin dan banat]

 Sabtu:16 Januari 2010
Sesi 1:Kawad Kaki
Masa:7.45-11.00am


Form 1:JPA
Form 2:Masyab
Form 3:Masyab
Form 4:Masyab
Form 5:JPA

Sesi 2:Perjumpaan setiap unit beruniform [KRS]
Masa:11.00-12.30pm
Kehadiran:Semua KRS
oleh:Luqman Hakime dan Baginda Usamah
1.1-Pemilihan AJK KRS
1.2-Buku log&Yuran
1.3-Taaruf Guru Kadet

Rabu:20 Januari 2010
Masa:2.30-3.30pm
Agenda:Aktiviti Syabab setiap tingkatan
Kehadiran:Semua KRS

Form 1:Perkenalan Pertolongan Cemas
Form 2:Aktiviti Pertolongan Cemas
Form 3:Pertolongan Cemas
Form 4:Cardiac Pulmonary Resuscitation (CPR)
Form 5:Perkenalan ubat-ubatan First Aid

Jurulatih: Masyab bagi semua tingkatan
*Nota bagi setiap laporan SYABAB mengikut diri masing-masing*
[Ini hanya laporan ringkas]


Lagu SYABAB

Al-Quran dan Sunnah jadi panduan
Membentuk generasi Al-Quran
Syabab dan Fatayat satu perjuangan
Tegak daulah Islam kekal berzaman

Mari kita melihat sejarah
Nabi Muhammad para sahabah
Martabatkan Islam membangunkan ummah
Berjihad kerana Allah
Berjihad di jalan Allah

Kita prinsipkan bersama
Akhlak Islam mekar di jiwa
Syabab dan Fatayat mara bersama
Martabatkan Islam di persada dunia

Lagu KRS

Lagu KRS

Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan ilmu, iman dan amal

Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja, sahutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja, hayatilah budaya
Ilmu, iman dan amal
Kekalkan di hati, dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Ikrar KRS

"Kami anggota Kadet Remaja Sekolah mengikrarkan akan mengabdikan diri dalam seluruh kehidupan kami kepada Allah dan memperjuangkan Deenul Islam dan berjanji akan menepati undang-undang Kadet Remaja Sekolah"


Ikrar SYABAB

*Bismillahirrahmanirrahim*
"Sesungguhnya kami anggota SYABAB dan FATAYAT Sekolah Menengah Islam Al-Amin mengikrarkan akan mengabdikan seluruh kehidupan kami kepada Allah, mengenal diri sendiri, mempunyai semangat perikemanusiaan, mematuhi undang-undang demi menegakkan DEENUL ISLAM"
*InsyaAllah*

Moto/Cogan kata

Cogan kata

‘Ilmu Iman Amal’

Ilmu: Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS
Iman: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
Amal: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri


Objektif KRS

1.Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

2.Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3.Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.

4.Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5.Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

6.Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

7.Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya

Bendera dan keterangannya


Warna hijau melambangkan :
a. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS

Logo dan keterangan logo

Perisai
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang gejala yang tidak sihat.

Bulan dan bintang
Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Dua tangkai padi bersilang
Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan profesional dalam semua tindakan.

Buku terbuka dan rehal
Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budata ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna hijau
Alam sekitar yang sihat

Warna Merah
Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara.

Warna kuning
Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.

Warna putih
Keikhlasan dan kesucian.

Matlamat KRS

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020


Misi dan Visi Sekolah

Misi
Menjadi institusi pendidikan Islam bersepadu
yang terpilih
Visi
Membentuk pelajar SOLEH WA MUSLEH melalui sistem pendidikan
bersepadu